Jejak Zakat
Daripada keperluan harian hingga peluang berdikari, zakat menyokong perjalanan asnaf di Selangor. Lihat bagaimana kepedulian kita menggerakkan kehidupan.
Jejak Dalam Angka
Di sebalik setiap angka, ada kehidupan yang disantuni dan peluang untuk melangkah ke hadapan.
Kutipan Zakat 2025
RM1.31 bilion
Amanah para muzakki untuk menyantuni komuniti.
Agihan Zakat 2025
RM1.33 bilion
Disalurkan mengikut keperluan asnaf yang layak.
Keluarga Asnaf Dibantu
80,022
Merangkumi keluarga fakir, miskin dan mualaf.
Prestasi kutipan zakat pada tahun 2025 meningkat sebanyak 7.5% berbanding tahun 2024, manakala agihan zakat turut meningkat sebanyak 12%.
Sumber: Laporan Bersepadu Zakat Selangor 2025Asnaf Dibantu
Agihan zakat dilaksanakan berdasarkan keperluan dan kategori asnaf yang layak. Ada yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup, ada yang sedang membina semula kestabilan dan ada yang memerlukan bimbingan untuk memulakan langkah baharu.
28,166
Mereka yang tiada pendapatan atau pendapatannya tidak mencapai 50 peratus daripada keperluan asas (had kifayah).
47,108
Mereka yang pendapatannya melebihi separuh keperluan asas tetapi masih tidak cukup untuk mencapai had kifayah.
4,748
Mereka yang baru memeluk Islam dan zakat menyokong kesejahteraan material dan pemahaman agama bagi memudahkan transisi mereka.
RM29.60 juta
Golongan yang terbelenggu oleh kuasa atau keadaan yang menghalang mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
RM91.38 juta
Golongan yang berhutang bagi memenuhi keperluan asas diri atau keluarga atau untuk maslahat umum dan tidak mampu melunaskannya.
RM203.62 juta
Usaha, perjuangan dan aktiviti yang bertujuan menegakkan serta mempertahankan agama Allah SWT.
RM92.23 ribu
Golongan yang terputus bekalan kewangan sama ada ketika memulakan atau semasa dalam perjalanan yang bermanfaat dan diharuskan syarak.
Bantuan Pembangunan Asnaf
Bagi golongan asnaf, bantuan zakat bukan sekadar bantuan kewangan. Melalui agihan yang bersasar, zakat membantu asnaf menghadapi tekanan hidup harian, menstabilkan keadaan mereka dan memberi ruang untuk membina semula kehidupan dengan lebih baik.
Bantuan kewangan, makanan dan sokongan harian untuk menstabilkan kehidupan keluarga asnaf.
Sokongan perubatan, rawatan dialisis dan keperluan kesihatan bagi meringankan beban keluarga.
Bantuan sewa rumah, baik pulih kediaman dan sokongan tempat tinggal yang lebih selamat.
Bantuan yuran, kelengkapan sekolah, biasiswa dan sokongan pembelajaran untuk masa depan anak-anak asnaf.
Latihan, kursus dan bimbingan untuk meningkatkan kemahiran serta membuka peluang pekerjaan.
Bantuan modal dan bimbingan perniagaan bagi membantu asnaf membina sumber pendapatan yang lebih stabil.
Bantuan segera kepada keluarga yang ditimpa musibah, kehilangan punca pendapatan atau berdepan keperluan mendesak.
Impak Pembangunan Asnaf
Satu bantuan boleh menjadi titik permulaan kepada perubahan hidup. Kenali perjalanan mereka yang membina keyakinan, kemahiran dan peluang untuk masa depan.
Agroekonomi Asnaf
Encik Shamsul Bukhari bin Saripuddin
Melalui bimbingan, latihan dan peluang yang diberikan, Encik Shamsul Bukhari mencatatkan hasil individu tertinggi dengan pengeluaran 2.4 tan cili merah.
Baca Kisah Penuh
Encik Shamsul Bukhari bin Saripuddin, seorang asnaf fakir dari Batang Kali, memulakan perjalanan bersama Zakat Selangor pada 2022. Pada 2025, beliau menyertai Projek Agroekonomi Asnaf di Bukit Beruntung sebagai usaha membina masa depan yang lebih stabil dan berdikari.
Melalui bimbingan, latihan dan peluang yang diberikan, beliau berjaya mencatatkan hasil individu tertinggi dengan pengeluarannya 2.4 tan cili merah. Kisah ini membuktikan bahawa sokongan yang tepat mampu membuka ruang kepada asnaf untuk menjana pendapatan dan membina keyakinan diri.
Keusahawanan Asnaf
Puan Asnah
Bantuan zakat dan kemahiran mencuci karpet menjadi titik mula perniagaan Puan Asnah yang berkembang sehingga mempunyai 50 orang pekerja.
Baca Kisah Penuh
Puan Asnah pernah menjadi penerima bantuan zakat pada tahun 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau memanfaatkan peluang yang ada dengan mempelajari kemahiran mencuci karpet sebelum memulakan perniagaan kecil dalam bidang cucian sofa dan karpet.
Dengan disiplin dan ketekunan, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan berkembang menjadi perkhidmatan yang lebih besar sehingga mempunyai 50 orang pekerja. Kisah beliau menunjukkan bagaimana bantuan zakat boleh menjadi titik mula kepada pemerkasaan ekonomi yang berpanjangan.
Pendidikan & Kerjaya
Fudhla Anas bin Jamnul Azmin
Sebagai bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor, Fudhla Anas meneruskan pendidikan dan latihan kerjaya sehingga bergelar Peguam Syarie pada tahun 2024.
Baca Kisah Penuh
Fudhla Anas bin Jamnul Azmin membesar dalam keluarga yang diuji selepas kehilangan ayah. Namun, kesusahan tidak menghalang beliau untuk terus mengejar cita-cita.
Sebagai bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor, bantuan yang diterima menjadi sokongan penting dalam perjalanan pendidikannya. Beliau kemudiannya menyertai Kursus Latihan i-Kerjaya, menjalani latihan chambering, dan pada tahun 2024 berjaya bergelar Peguam Syarie.
Pendidikan & Kemahiran
Nur Amin Shah bin Nariskandarshah
Dengan sokongan Bait Al-Hasanah, Nur Amin Shah mengikuti pendidikan khas dan melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran kulinari.
Baca Kisah Penuh
Nur Amin Shah bin Nariskandarshah membesar dalam keluarga asnaf dan merupakan pelajar OKU. Namun, kekurangan tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau terus mencipta kejayaan.
Melalui sokongan Bait Al-Hasanah, beliau mengikuti pendidikan khas, aktif dalam pencapaian sekolah dan akhirnya melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran kulinari. Kisah ini menunjukkan bahawa dengan bimbingan dan peluang yang tepat, anak asnaf mampu melangkah lebih jauh.
Zakat anda boleh menjadi impak yang seterusnya. Semak, kira dan tunaikan zakat untuk terus menyantuni komuniti kita.