Ilustrasi kempen: lelaki dewasa muda berpakaian santai menyemak catatan di rumah sederhana.

Fahami Zakat

Fahami Zakat,
Tunaikan Dengan Yakin.

Kenali maksud, syarat dan jenis zakat yang berkait dengan kehidupan anda. Fahami dengan jelas, kemudian semak dan tunaikan amanah anda.

Takrif Zakat

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat.

Siapakah Yang Wajib Berzakat?

Individu yang wajib menunaikan zakat dikenali sebagai muzakki. Setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu wajib melaksanakan tuntutan ini sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga.

01

Islam

Pemilik harta yang beragama Islam sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat.

02

Merdeka

Bebas daripada cengkaman perhambaan.

03

Cukup Nisab

Jumlah minimum pemilikan sesuatu harta yang menjadi syarat wajib zakat ke atas harta itu.

04

Milik Sempurna

Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus harta tersebut.

05

Cukup Haul

Tempoh setahun atau 12 bulan mengikut tahun hijri dan wujud pemilikan kekal.

Nisab Semasa

RM38,748.00

Jumlah minimum harta yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk diwajibkan membayar zakat.

Rujukan LZS · Disemak 26 Oktober 2026

Adakah kadar nisab berubah-ubah sepanjang tahun?

Nisab dapat berubah bergantung pada jenis harta dan fluktuasi nilai pasaran semasa.

Semak Nisab Terkini

Kenali Jenis Zakat

Pilih jenis zakat untuk melihat penerangan dan panduan. Kenal pasti yang berkait dengan pendapatan, simpanan dan harta anda.

Zakat Pendapatan

Pendapatan daripada kerja atau usaha, termasuk penggajian, pemberian, kerja bebas dan hasil al-Mustaghallat.

Apa Yang Perlu Disemak?

Kenal pasti gaji, upah, bonus dan imbuhan berkaitan kerja.

Semak pemberian, pendapatan kerja bebas serta hasil sewaan atau jualan hasil harta berkaitan.

Ambil kira keperluan asasi yang dibenarkan melalui Had Kifayah.

Panduan Pengiraan

Semak jumlah mengikut jenis pendapatan dan keperluan asasi anda.

Gunakan kalkulator zakat untuk meneruskan pengiraan.

Maklumat Lanjut

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Jenis - jenis Harta Pendapatan

Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Pendapatan yang diterima daripada pekerjaan untuk majikan atau pihak lain, termasuk gaji, upah, bonus dan imbuhan berkaitan kerja.

Zakat Harta Pemberian atau Sumbangan

Ia bermaksud "Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima sama ada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa " dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al 'aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.

• Zakat Harta Kerja Bebas

iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

• Zakat Harta al-Mustaghallat

iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Tolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)

• Mengikut Fatwa Negeri Selangor bahawa keperluan asasi yang sangat dihajati oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.

Kira & Tunai

Maklumat Tambahan: Fidyah

Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan pada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin.

Kira & Tunai

Bila Zakat Difahami,
Amanah Lebih Mudah Ditunaikan.

Setiap zakat yang ditunaikan membantu mengukuhkan komuniti di Selangor. Kerana zakat, kita peduli.

Kira & Tunai