Dari Hati yang Peduli,
Hadir Harapan Baharu.

Di sebalik setiap zakat, ada kepedulian yang menyatukan kita. Bersama, kita menyantuni asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Kerana Zakat • Kita Peduli

Bila Hidup Mencabar, Komuniti Perlu Saling Berganding Bahu

Kempen ini membawa mesej bahawa zakat bukan sekadar kewajipan individu, tetapi amanah bersama untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kos Sara Hidup Meningkat

Keluarga berpendapatan rendah semakin terkesan dengan keperluan harian.

Keperluan Asnaf Bertambah

Lebih ramai memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Zakat Menggerakkan Bantuan

Setiap zakat yang ditunaikan membantu memperkukuh jaringan sokongan komuniti.

Dari Kita, Untuk Komuniti Kita

Kita Tinggal Di Sini,

Bekerja Di Sini,

Bantu Di Sini

Zakat yang ditunaikan di Selangor diagihkan dalam pelbagai jenis dan bentuk bantuan kepada komuniti setempat daripada keperluan asas, pendidikan, pemulihan ekonomi sehingga pembangunan asnaf.

Jejak yang Bergema

Setiap Zakat Meninggalkan

Jejak Yang Bermakna

Sumber: Laporan Bersepadu 2025 Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Fahami Zakat

Zakat itu Dekat
Dengan Kehidupan Kita

Zakat hadir dalam pelbagai bentuk harta dan pendapatan.
Kenali jenis zakat yang berkaitan dengan anda.

Kenali Jenis Zakat

Zakat Pendapatan

Harta pendapatan ialah semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha.

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan.

Zakat Wang Simpanan

Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Zakat Pelaburan

Zakat yang wajib dikeluarkan oleh pemilik saham atau pemilik syarikat yang turut berkongsi keuntungan atau kerugian.

Zakat KWSP

Zakat yang dikenakan ke atas hasil pendapatan seseorang daripada pekerjaannya yang dicarum di KWSP.

Zakat Emas

Zakat yang dikenakan ke atas emas dalam apa jua bentuk seperti perhiasan atau pelaburan apabila mencapai nisab dan haul.​

Zakat Perak

Zakat yang dikenakan ke atas perak, sama ada dalam bentuk perhiasan, syiling atau simpanan perak, apabila cukup nisab dan haul.​

Zakat Kripto

Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Zakat Padi

Zakat padi wajib dikeluarkan atas hasil bersih jualan padi.

Fidyah

Fidyah ialah bayaran denda bagi individu yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadan sebelum tiba Ramadan berikutnya.

Masih keliru cara kira zakat yang perlu dibayar?

Gunakan kalkulator dan dapatkan panduan bayar zakat yang tepat untuk anda.

Kira Zakat Anda