Mereka yang tiada pendapatan atau pendapatannya tidak mencapai 50 peratus daripada keperluan asas (had kifayah).
Mereka yang pendapatannya melebihi separuh keperluan asas tetapi masih tidak cukup untuk mencapai had kifayah.
Mereka yang baru memeluk Islam dan zakat menyokong kesejahteraan material dan pemahaman agama bagi memudahkan transisi mereka.
Golongan yang terbelenggu oleh kuasa atau keadaan yang menghalang mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
Golongan yang berhutang bagi memenuhi keperluan asas diri atau keluarga atau untuk maslahat umum dan tidak mampu melunaskannya.
Usaha, perjuangan dan aktiviti yang bertujuan menegakkan serta mempertahankan agama Allah SWT.
Golongan yang terputus bekalan kewangan sama ada ketika memulakan atau semasa dalam perjalanan yang bermanfaat dan diharuskan syarak.
Bantuan kewangan, makanan dan sokongan harian untuk menstabilkan kehidupan keluarga asnaf.
Sokongan perubatan, rawatan dialisis dan keperluan kesihatan bagi meringankan beban keluarga.
Bantuan sewa rumah, baik pulih kediaman dan sokongan tempat tinggal yang lebih selamat.
Bantuan yuran, kelengkapan sekolah, biasiswa dan sokongan pembelajaran untuk masa depan anak-anak asnaf.
Latihan, kursus dan bimbingan untuk meningkatkan kemahiran serta membuka peluang pekerjaan.
Bantuan modal dan bimbingan perniagaan bagi membantu asnaf membina sumber pendapatan yang lebih stabil.
Bantuan segera kepada keluarga yang ditimpa musibah, kehilangan punca pendapatan atau berdepan keperluan mendesak.
Memupuk Kemandirian: Membina Momentum Ke Arah Berdikari
Encik Shamsul Bukhari bin Saripuddin, seorang asnaf fakir dari Batang Kali, memulakan perjalanan bersama Zakat Selangor pada 2022. Pada 2025, beliau menyertai Projek Agroekonomi Asnaf di Bukit Beruntung sebagai usaha membina masa depan yang lebih stabil dan berdikari.
Melalui bimbingan, latihan dan peluang yang diberikan, beliau berjaya mencatatkan hasil individu tertinggi dengan pengeluarannya 2.4 tan cili merah. Kisah ini membuktikan bahawa sokongan yang tepat mampu membuka ruang kepada asnaf untuk menjana pendapatan dan membina keyakinan diri.
Dari Bantuan Zakat Ke Perniagaan Berdaya Saing
Puan Asnah pernah menjadi penerima bantuan zakat pada tahun 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau memanfaatkan peluang yang ada dengan mempelajari kemahiran mencuci karpet sebelum memulakan perniagaan kecil dalam bidang cucian sofa dan karpet.
Dengan disiplin dan ketekunan, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan berkembang menjadi perkhidmatan yang lebih besar sehingga mempunyai 50 orang pekerja. Kisah beliau menunjukkan bagaimana bantuan zakat boleh menjadi titik mula kepada pemerkasaan ekonomi yang berpanjangan.
Zakat Melahirkan Seorang Peguam
Fudhla Anas bin Jamnul Azmin membesar dalam keluarga yang diuji selepas kehilangan ayah. Namun, kesusahan tidak menghalang beliau untuk terus mengejar cita-cita.
Sebagai bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor, bantuan yang diterima menjadi sokongan penting dalam perjalanan pendidikannya. Beliau kemudiannya menyertai Kursus Latihan i-Kerjaya, menjalani latihan chambering, dan pada tahun 2024 berjaya bergelar Peguam Syarie.
Atap Yang Meneduhkan Jiwa, Peluang Yang Membuka Masa Depan
Nur Amin Shah bin Nariskandarshah membesar dalam keluarga asnaf dan merupakan pelajar OKU. Namun, kekurangan tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau terus mencipta kejayaan.
Melalui sokongan Bait Al-Hasanah, beliau mengikuti pendidikan khas, aktif dalam pencapaian sekolah dan akhirnya melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran kulinari. Kisah ini menunjukkan bahawa dengan bimbingan dan peluang yang tepat, anak asnaf mampu melangkah lebih jauh.