Fahami Zakat

Zakat Itu Sebahagian Daripada Kehidupan Kita

Zakat berkait rapat dengan pendapatan, simpanan, perniagaan dan harta kita. Ia membersihkan rezeki yang kita peroleh dan membantu mereka yang memerlukan untuk mempunyai hidup yang lebih sejahtera. Fahami, semak dan tunaikan zakat anda hari ini untuk menguatkan ummah bersama.

Takrif Zakat

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari
kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat.

Siapakah Yang Wajib Berzakat?

Individu yang wajib menunaikan zakat dikenali sebagai muzakki. Setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu wajib melaksanakan tuntutan ini sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga.

Setiap Muslim yang memenuhi
syarat-syarat tertentu wajib melaksanakan tuntutan ini sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga.

Muzakki

Islam

Pemilik harta yang beragama Islam sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat.

Merdeka

Bebas daripada cengkaman perhambaan.

Cukup Nisab

Jumlah minimum pemilikan sesuatu harta yang menjadi syarat wajib zakat ke atas harta itu.

Milik Sempurna

Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus harta tersebut.

Cukup Haul

Tempoh setahun atau 12 bulan mengikut tahun hijri dan wujud pemilikan kekal.

Nisab Hari Ini

RM38,748.00

Jumlah Minimum Harta Yang Perlu Dimiliki Oleh Seseorang Diwajibkan Membayar Zakat

Adakah kadar nisab berubah-ubah sepanjang tahun?

Nisab dapat berubah bergantung pada jenis harta dan fluktuasi nilai pasaran semasa.

Kenali Jenis Zakat

Baca dan fahamkan jenis zakat dapat memudahkan urusan kita untuk kenal pasti jenis zakat yang perlu kita tunaikan.

Zakat Pendapatan Icon

Zakat Pendapatan

Zakat Perniagaan Icon

Zakat Perniagaan

Zakat Wang Simpanan Icon

Zakat Wang Simpanan

Zakat Pelaburan Icon

Zakat Pelaburan

Zakat KWSP Icon

Zakat KWSP

Zakat Emas Icon

Zakat Emas

Zakat Perak Icon

Zakat Perak

Zakat Kripto Icon

Zakat Kripto

Zakat Padi Icon

Zakat Padi

Fidyah Icon

Fidyah

Bila Zakat Difahami,
Amanah Lebih Mudah Ditunaikan

Setiap ringgit anda membawa perubahan besar kepada mereka.