Kenapa Bersama Memberi?​

Bila Hidup Semakin Mencabar, Komuniti Perlu Saling Berganding Bahu

Zakat bukan sekadar kewajipan individu, tetapi amanah bersama untuk membantu mereka yang memerlukan dan memperkukuh komuniti yang kita cintai.

Realiti & Asnaf​

Di Sebalik Tekanan Ekonomi,
Ada Keluarga Yang Semakin Terhimpit

Di sebalik tekanan ekonomi, ada keluarga yang bergelut memenuhi keperluan harian. Zakat menjadi sokongan penting untuk membantu mereka terus bertahan dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Realiti & Asnaf

Harga keperluan harian yang meningkat memberi tekanan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Pendapatan Tidak Menentu

Sumber pendapatan yang tidak stabil menyukarkan keluarga merancang perbelanjaan dan memenuhi keperluan asas.

Komitmen Terhadap Keluarga

Keluarga asnaf diselubungi kerisauan yang mendalam untuk memenuhi kos rawatan dan perbelanjaan pendidikan untuk keluarga mereka.

Komuniti Kita

Kita Tinggal Di Sini,

Bekerja Di Sini,

Bantu Di Sini

Agihan zakat disalurkan kepada asnaf yang layak, membantu mereka meneruskan hidup,
membina kestabilan dan memulakan langkah baharu.

Anjakan Kempen

Daripada Kewajipan Individu, Kepada
Tanggungjawab Bersama Komuniti

Kempen ini mengajak masyarakat melihat zakat sebagai tanggungjawab bersama yang mampu menghidupkan komuniti.

Daripada

Zakat hanya dilihat sebagai kewajipan individu

Ramai memahami zakat sebagai tuntutan peribadi, namun belum melihat peranannya dalam membina kesejahteraan masyarakat secara lebih luas.

Kepada

Zakat menjadi tanggungjawab bersama komuniti

Setiap zakat yang ditunaikan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif untuk membantu mereka yang memerlukan.

Daripada

Tak nampak kepentingan zakat untuk komuniti

Sebahagian masyarakat mungkin tidak melihat bagaimana zakat memberi kesan langsung kepada kehidupan asnaf dan komuniti setempat.

Kepada

Zakat menghidupkan komuniti

Melalui kutipan, agihan dan pembangunan asnaf, zakat membantu meringankan beban, membuka peluang dan membina ketahanan komuniti.

Daripada

Amalan sikap "melepaskan pucuk masing-masing"

Dalam keadaan mencabar, masyarakat mudah melihat kesusahan sebagai masalah individu semata-mata.

Kepada

Setiap sumbangan melahirkan masyarakat yang baharu

Apabila zakat ditunaikan bersama, ia membentuk komuniti yang lebih prihatin, saling menyokong dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Bersama Kita Memberi, Bersama Menguatkan Komuniti

Zakat bukan sekadar kewajipan individu, tetapi amanah bersama untuk membantu mereka yang memerlukan dan memperkukuh komuniti yang kita cintai.