Individu yang wajib menunaikan zakat dikenali sebagai muzakki. Setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu wajib melaksanakan tuntutan ini sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga.
Setiap Muslim yang memenuhi
syarat-syarat tertentu wajib melaksanakan tuntutan ini sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga.
Pemilik harta yang beragama Islam sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat.
Bebas daripada cengkaman perhambaan.
Jumlah minimum pemilikan sesuatu harta yang menjadi syarat wajib zakat ke atas harta itu.
Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus harta tersebut.
Tempoh setahun atau 12 bulan mengikut tahun hijri dan wujud pemilikan kekal.
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.
Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja
Ia bermaksud "Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima sama ada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa " dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al 'aqar) and bukan merupakan nafkah wajib.
• Zakat Harta Kerja Bebas
iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.
• Zakat Harta al-Mustaghallat
iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
• Mengikut Fatwa Negeri Selangor bahawa keperluan asasi yang sangat dihajati oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.
• Asas Pengiraan: Secara ringkas, zakat perniagaan mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan selepas dibuat pelarasan tertentu.
• Formula ringkas:
Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Zakat.
Antara aset yang boleh diambil kira termasuk tunai, baki bank, penghutang perniagaan, stok akhir and aset semasa yang berkaitan. Manakala liabiliti semasa seperti hutang operasi, pemiutang perdagangan, kos operasi dan cukai tertentu boleh ditolak mengikut ketetapan.
• Pelarasan Yang Perlu Diambil Kira:
Tidak semua aset perniagaan wajib dizakatkan. Antara perkara yang boleh dilaraskan ialah barangan yang tidak wajib zakat, aset yang bukan milik sempurna, hutang lapuk, stok lupus, nilai yang telah dizakatkan, serta tabung kebajikan yang bersifat khusus.
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Jumlah baki simpanan yang dimiliki pada hujung haul akan diambil kira. Jika seseorang mempunyai beberapa akaun simpanan, baki daripada setiap akaun perlu digabungkan untuk menentukan sama ada jumlah keseluruhan telah mencapai nisab.
• Jenis simpanan yang biasa disemak:
Simpanan tetap yang genap setahun dan melebihi nisab.
Simpanan biasa berdasarkan baki pada hujung haul.
Simpanan dalam satu akaun yang cukup haul dan melebihi nisab.
Simpanan dalam beberapa akaun yang perlu dicampurkan untuk kiraan keseluruhan.
• Kadar zakat: Apabila cukup syarat, zakat wang simpanan ditunaikan pada kadar 2.5% daripada jumlah simpanan yang tertakluk kepada zakat.
Zakat Pelaburan dikenakan ke atas saham atau pelaburan yang dimiliki apabila cukup syarat, termasuk cukup nisab and cukup haul. Ia merangkumi pelaburan seperti saham, unit amanah, dana dagangan bursa, REITs dan pelaburan lain yang mempunyai nilai pasaran.
• Siapa perlu semak?
Individu Muslim yang memiliki saham atau pelaburan, mempunyai kuasa ke atas pelaburan tersebut, and memperoleh manfaat daripadanya perlu menyemak kewajipan zakat pelaburan.
• Apa yang dikira?
Nilai pelaburan pada hujung haul dan keuntungan yang direalisasikan daripada jual beli pelaburan. Bagi pelaburan yang didagangkan, keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun juga perlu diambil kira.
• Formula ringkas:
Zakat = Nilai pelaburan di hujung haul + keuntungan ditunaikan × 2.5%
Zakat KWSP dikenakan ke atas wang simpanan KWSP yang dikeluarkan apabila cukup syarat. Wang KWSP berasal daripada pendapatan pekerja yang disimpan di bawah akaun simpanan pekerja, and ia boleh dizakatkan apabila wang tersebut telah menjadi milik sempurna selepas pengeluaran.
• Jenis zakat KWSP:
1. Sebelum mencapai umur 55 tahun - Zakat dikenakan ke atas jumlah pengeluaran KWSP yang diterima. Jika jumlah pengeluaran mencukupi nisab, zakat perlu ditunaikan pada kadar 2.5%.
2. Selepas mencapai umur 55 tahun - Zakat dikenakan ke atas keseluruhan wang KWSP mengikut kaedah zakat simpanan.
• Kadar zakat: 2.5% daripada jumlah wang KWSP yang tertakluk kepada zakat.
Zakat Emas dikenakan ke atas emas yang dimiliki apabila mencukupi syarat zakat. Emas dianggap sebagai harta bernilai kerana boleh digunakan untuk berjual beli dan mempunyai nilai simpanan yang setara dengan wang.
• Jenis emas yang dikira:
1. Emas Perhiasan Wanita - Emas yang digunakan sebagai perhiasan diri. Zakat hanya dikenakan jika berat emas melebihi kadar uruf yang ditetapkan. Di Selangor, kadar uruf semasa ialah 800 gram.
2. Emas Bukan Perhiasan - Emas yang disimpan dan bukan untuk perhiasan, seperti jongkong, syiling, barangan kemas simpanan atau pelaburan. Zakat dikenakan jika jumlahnya mencapai nisab 85 gram.
• Kadar zakat: 2.5% daripada nilai emas yang tertakluk kepada zakat.
Zakat Perak dikenakan ke atas perak yang dimiliki apabila mencapai nisab. Perak dianggap sebagai harta bernilai kerana boleh digunakan untuk berjual beli dan mempunyai nilai simpanan seperti emas.
• Nisab perak: Zakat perak dikenakan apabila jumlah pemilikan mencapai 595 gram atau lebih.
• Kadar zakat: 2.5% daripada nilai perak yang tertakluk kepada zakat.
Zakat Kripto dikenakan ke atas mata wang kripto and aset digital yang dimiliki apabila mencukupi syarat zakat. Mata wang kripto dikira sebagai harta bernilai kerana mempunyai nilai and boleh dijual beli.
• Formula ringkas:
Unit mata wang kripto / aset digital × harga semasa hujung haul × 2.5% = Jumlah Zakat
• Kadar zakat: 2.5% daripada nilai kripto yang tertakluk kepada zakat.
Zakat Padi dikenakan ke atas hasil bersih jualan padi apabila mencapai nisab. Ia merupakan zakat pertanian yang ditunaikan selepas hasil tuaian dijual dan ditolak kos penghasilan padi.
• Formula ringkas:
Jumlah hasil tuaian × harga jualan = Jumlah hasil tuaian
Jumlah hasil tuaian - kos penghasilan = Hasil bersih
• Kadar zakat: 5% daripada hasil bersih jualan padi yang tertakluk kepada zakat.
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan pada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir and miskin.